Segalanya Disini....

Pengikut

Sabtu, Mac 13, 2010

Khasiat Bawang Putih...




BAWANG PUTIH
Bawang putih dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Allium sativum dan berasal dari keluarga  Amaryllidaceae. Ia adalah sumber rempah ratus yang popular sejak zaman berzaman. Khasiatnya mula dikenal pasti lebih 10,000 tahun lalu. Bawang putih berbau tengit kerana ia mengandungi sejenis minyak dikenali sebagai allicin. Ia juga kaya dengan selulos, vitamin A,B dan zat galian seperti zat kalsium, fosforus dan besi.
Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.
Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.

Label