Segalanya Disini....

Pengikut

Selasa, Februari 23, 2010

Makanan Seimbang...

Salam...

Selain kita makan suplement2 yang mudah dibeli di Farmasi..harus diingat juga...kita juga perlu mengekalkan diet makanan seimbang...diet bukan bermakna tak makan langsung...tetapi makan ikut keperluan tubuh badan kita..dan carta dibawah boleh dijadikan panduan dalam memilih makanan yang sesuai...

Ahad, Februari 21, 2010

Baru Try....

Assalamualaikum...

Ok hari ni nak bg tahu skit untuk member2 yang tengah berusaha untuk hamil..saya pun baru try..tapi tak salah mencuba kan..selain tawakal kita kena berusaha gak so...ini lah bendanya...






Avail Pro-polis...skang ni aku tengah makan ni iaitu mencampurkan lima titis kedalam air suam ataupun jus..sebelum makan dua kali sehari..dan lagi mantap kalau pakai FC Bio sanitary pads jugak..so aku tengah cuba...kalau ada berita baik...insyaallah..amin...apa-apa hal kalau nak keterangan lagi gaham tgk je kat SINI..

Jumaat, Februari 19, 2010

ULAM


Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti buducencaluk, atausambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakatMelayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk,daunumbutbijibuahubi dan kadang-kadang bunga.
Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timunkubisdan terung. Selain daripada sayur-sayuran biasa, terdapat satu lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional. Ulam tradisional lebih meluas penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan seperti dalam penyediaan nasi ulamatau nasi kerabu dan masakan sayur lemak, dan sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi.


Rabu, Februari 17, 2010

Sensitif...Tapi Penting


PERBINCANGAN mengenai bahagian ‘sulit’ baik pada lelaki atau wanita dianggap sensitif dan memalukan. Malah bagi sesetengah wanita, untuk menyebut perkataan vagina atau faraj seolah-olah satu ‘dosa’, apatah lagi mahu membincangkan pelbagai isu mengenainya secara terbuka.
Sebenarnya tiada apa perlu dimalukan apabila membincangkan soal ini kerana ia sebahagian daripada organ badan seperti mata, telinga atau kulit. Namun untuk lebih manis, kita boleh gunakan perkataan vagina.

Ramai menganggapnya sebagai perkataan ‘kotor’ atau lucah dan tidak hairan jika ada wanita tidak tahu bahagian mana yang dirujuk sebagai vagina, sedangkan ia memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka.


Vagina ialah satu tiub atau saluran panjang yang tertutup apabila tidak digunakan (contohnya mengadakan hubungan seks, bersalin atau dimasukkan tampon).


Ia adalah tisu lembut (seperti tisu dalam mulut) yang berlipat-lipat dan berkedut. Tujuannya untuk menambah jumlah luas permukaan supaya ia boleh berkembang ke saiz tertentu.


Vagina berasal daripada perkataan Latin ‘sheath’ yang bermakna anjal dan mempunyai banyak otot kecil serta bersifat sedikit berasid bagi mencegah jangkitan.

Vagina boleh dibahagikan kepada tiga lapisan iaitu membran mukus, lapisan berotot dan tisu berserat. Pada hujung saluran ini terletaknya hampir 90 peratus hujung saraf. Ini menyebabkan vagina sangat sensitif terhadap sentuhan. Vagina sebenarnya bersambung dengan rahim tetapi bukaan yang menyambungkan dua organ ini sangat kecil iaitu hanya dua atau tiga milimeter.


Orang anggap fungsi vagina hanya untuk hubungan seks dan melahirkan anak, tetapi ia juga menjadi laluan untuk pengeluaran darah haid setiap bulan, kata Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Pantai Cheras, Dr Ho Choon Moy.


“Vagina juga menjadi laluan untuk cecair yang dirembeskan bahagian lain. Vagina tidak mempunyai kelenjar, oleh itu ia tidak menghasilkan atau merembeskan cecair tetapi ada banyak salur darah.


“Cecair atau lelehan pada vagina sebenarnya berasal daripada salur darah yang menjadikannya lembap ketika dalam keadaan terangsang yang bertindak sebagai pelincir dan mengelak rasa sakit ketika mengadakan hubungan seks.


“Apabila seseorang wanita menopaus (putus haid), dinding vagina menjadi nipis akibat kekurangan hormon estrogen dan kurang bekalan darah. Akibatnya, ia mudah menjadi kering yang menyebabkan rasa sakit dan kadangkala berdarah apabila mengadakan hubungan seks.


Ini sebabnya wanita menopaus sering berasa tidak selesa dan menolak apabila suami mengajak untuk ‘bersama’. Keadaan ini perlu difahami suami dan jangan menjadikan ia alasan untuk mencari pasangan baru,” katanya.


Selain menambah zuriat, vagina ada banyak fungsi lain, terutama membabitkan rawatan. Rawatan melalui vagina bukan perkara baru kerana ia diamalkan sejak abad ke-19 Sebelum Masihi.

Bagaimanapun, ia mulai popular pada 1981 apabila pakar perubatan mendapati sesetengah rawatan dan ujian pemeriksaan melalui vagina lebih berkesan dan jelas.


Antaranya ialah ujian imbasan bunyi bagi memeriksa keadaan rahim. Sebelum ini ujian imbasan bunyi dilakukan pada abdomen (perut) tetapi kaedah ini kurang sensitif untuk mengesan kehadiran kanser pada ovari.


Meskipun kes kanser ovari tidak sebanyak kanser payu dara atau serviks (pangkal rahim) tetapi di kalangan kanser yang membabitkan bahagian peranakan wanita, ia kanser paling berbahaya dan lebih cepat menyebabkan kematian.


Ini kerana sebagaimana kanser lain, kanser ovari tidak mempunyai sebarang tanda hinggalah ia mencapai peringkat ketiga (menjadi serius) dan sukar dikesan melalui ujian imbasan bunyi melalui abdomen.


Imbasan bunyi melalui vagina boleh mengesan kanser ovari pada peringkat awal yang membolehkan pesakit dirawat secepat mungkin.


“Dalam ujian ini doktor boleh melihat keadaan ovari dengan jelas dan sebarang keadaan tidak normal boleh dikesan ketika itu juga. Pada masa sama doktor boleh mengesan kanser pangkal rahim atau kehadiran polip atau sista dalam rahim dengan mudah,” katanya.


Bagi sesetengah keadaan, pemberian ubat melalui vagina juga lebih berkesan, terutama untuk:

  •  Antibiotik atau anti kulat — Apabila ada jangkitan pada bahagian kemaluan. Banyak kajian menunjukkan pemberian ubat antibiotik atau anti kulat melalui vagina lebih berkesan dengan kadar penyembuhan lebih cepat

  •  Rawatan masalah kesuburan

  •  Rawatan untuk keguguran atau bersalin tidak cukup bulan

  •  Terapi hormon untuk wanita menopaus

  •  Rawatan untuk pencegahan kehamilan

  •  Rawatan untuk masalah prolaps (rahim jatuh dan terkeluar dari vagina) Rawatan untuk semua yang disenarai di atas ada pelbagai bentuk seperti cecair, tablet, krim, balsam, gel, cincin (untuk masalah proplaps supaya rahim dapat ‘ditolak ke atas balik), cincin berhormon, alat dalam rahim (untuk pencegahan kehamilan) atau tampon berubat.
    Apa kelebihan ubat yang diberi melalui vagina berbanding ubat makan? Ubat makan perlu melalui banyak peringkat kerana akan masuk ke dalam perut dan sistem pencernaan (usus kecil) terlebih dulu. Dari sini, ubat berkenaan diserap masuk ke dalam aliran darah dan dibawa ke hati untuk ditapis dan diuraikan sebelum sampai ke tempat atau organ sasaran. Jadi dos ubat makan biasanya lebih tinggi supaya dos yang sampai ke organ sasaran adalah tinggi.


    Apabila ubat perlu melalui saluran pencernaan, ia boleh memberi kesan sampingan seperti rasa mual, perut tidak selesa atau muntah. Masalah ini tidak berlaku pada ubat yang terus diberi pada vagina kerana tidak perlu melalui hati (boleh mengelak masalah hati — sangat baik untuk pesakit Hepatitis B) dan pada masa sama mengurangkan gejala embolisme (pergerakan ketulan darah beku, lemak atau gelembung udara dalam darah dari satu organ ke organ lain) yang dialami sesetengah wanita yang mengambil ubat hormon secara oral. Bagaimanapun keadaan ini jarang berlaku.


    “Permukaan dalaman vagina yang berlipat dan berkedut bertujuan menambah luas permukaan yang akan meningkatkan penyerapan ubat. Justeru, ubat boleh diberi dalam dos rendah dan ini secara tidak langsung mengurangkan kesan sampingan ubat.


    “Biasanya ubat diberi melalui vagina adalah untuk jangka panjang kerana kebanyakannya direka untuk mengeluarkan dos rendah secara perlahan-lahan. Jadi kekerapan untuk mengambil ubat boleh dikurangkan dan kadar kepatuhan kepada pengambilan ubat jauh lebih baik berbanding ubat makan.


    “Walaupun kaedah pemberian ubat melalui vagina banyak manfaatnya, ia kurang popular kerana ramai wanita tidak faham atau kurang selesa dengan cara ini. Namun, kini banyak jenis rawatan boleh dilakukan sendiri di rumah tetapi yang paling penting, ia selamat dan berkesan,” katanya.


    Oleh itu wanita perlu sentiasa menjaga kesihatan vagina dengan:

  •  Amalkan pemakanan seimbang dan sihat; kerap bersenam iaitu sekurang-kurangnya 30 minit sehari, tiga hingga empat kali seminggu

  •  Pastikan kawasan kemaluan sentiasa bersih iaitu pada bahagian luar saja. Vagina adalah organ yang mempunyai sistem pembersihan sendiri. Jadi anda tidak perlu ‘menjolok’ jari ke dalam atau menggosok saluran ini dengan sabun untuk membersihkannya.
    Tindakan ini hanya mengganggu persekitaran semula jadi kerana dalam vagina ada bakteria baik iaitu bakteria laktobasilus yang menghasilkan asid laktik yang bertindak sebagai benteng pertahanan terhadap jangkitan.


    Mencuci vagina sama ada dengan sabun atau memancutkan air ke dalam saluran ini menyingkir bakteria laktobasilus dan akibatnya anda lebih mudah mendapat jangkitan.



  •  Pakai seluar dalam dibuat daripada kain kapas untuk pengudaraan baik dan mengurangkan kelembapan. Bagi wanita yang menggunakan tampon, sila buat catatan bila anda memasukkan dan mengeluarkannya. Ini penting kerana ada wanita terlupa mengeluarkan tampon. Tampon ini bagaimanapun tidak hilang atau masuk ke dalam rahim kerana vagina adalah sistem tertutup (bukaan ke rahim sangat halus) cuma ia boleh menyebabkan jangkitan dan Sindrom Kejutan Toksik yang mungkin membawa maut.

  •  Jangan guna penyembur atau sabun wangi bagi membersihkan vagina kerana saluran ini sensitif. Air sudah memadai.

  •  Jalani pemeriksaan kesihatan dengan pakar sakit puan secara berkala.

  •  Elak memakai seluar denim yang terlalu ketat kerana anggota istimewa ini perlukan pengudaraan baik, terutama apabila anda mengalami jangkitan..( Sumber : HArian Metro )
  • Selasa, Februari 16, 2010

    Kenapa Sukar Hamil

    Polycystic Ovary(PCO) mengancam kesuburan wanita Malaysia
    Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh rambut pada kaki, badan atau muka berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.
    Polycystic ovary atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur.    Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
    Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.


    Apakah tanda tanda penyakit Polycystic Ovary?
    TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.
    Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCO datang berjumpa doktor pakar sakitpuan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini  berlaku secara mendadak.

    I.Haid tidak teratur.
    Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid  menjadi begitu jauh sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya.    Ada setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. 

    II.Gemuk
    Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obese.     Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
    III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan.  
    Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.   Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari.    Ada juga dikalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa berhenti.    

    IV.Tumbuh rambut.
    Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada.    Ini menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut.   Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary. 
      
    V.Apakah puncanya ?.
    Sebenarnya punca bagi penyakit ini tidak diketahui.   Mungkin satu keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzyme yang mengawal pembentukan hormon.     Oleh itu biasanya jika dikaji paras hormon dalam darah, kita dapati wanita tersebut terganggu dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah, hormon progesterone – rendah, hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) – meningkat tinggi.     Adalah dipercayai bahawa peningkatan berat badan ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.  

    Mungkin ada ciri atau pengaruh kebakaan atau keturunan dalam penyakit ini. Walau demikian faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan gula, perisa dan pengawet makan mungkin mempunyai peranan penting dalam kejadian penyakit PCO. 
    Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang timbul dari suasana tegang dalam perkerjaan dan rumah, pergeseran dan konflik dikalangan keluarga atau saudara-mara dan dalam kenderaan ketika memandu mungkin juga ada memainkan peranan dalam kejadian penaykit ini.

    Ciri ovari dalam ultrasound.
    Jika doktor pakar sakitpuan membuat pemeriksaan ‘vaginal ultrasound’ ia akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar sampai dua atau tiga kali ganda dari saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah  mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar “honeycomb appearance”.   Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.     Sila lihat laman Timang dalam tajuk slide dimana ada gambar “polycystic ovary”.


    Rawatan
    i. Tujuan rawatan polycystic ovary ialah pertama untuk meningkatkan kesuburan kerana sebahagian besar daripada mereka berjumpa doktor dengan tujuan untuk mendapatkan anak dan kerana mereka mengalami ketidaksuburan ataupun kemandulan.    ii. Tujuan kedua ialah untuk membetulkan pusingan haid supaya jarak antara satu haid supaya jarak antara satu haid dengan yang lainnya lebih kerap ataupun normal iaitu 30 hari. 

    Cara cara untuk mengawal kegemukan (obesity)
    Dalam merawat pesakit perkara yang terpenting sekali bagi pesakit berkenaan ialah ketabahan ,disiplin serta keazaman diri untuk mengurangkan berat badan.     Kebanyakan daripada mereka mungkin melebihi 70 kg dan berat badan yang sebaiknya bagi wanita yang ukuran tinggi 5 kaki 2 inci ialah kurang daripada 60 kg.
    Untuk mengurangkan berat badan memang memerlukan ketabahan, kegigihan dan disiplin yang kuat kerana sebenarnya orang orang yang obese atau gemuk mengalami masalah tabiat makan.    Oleh itu ia memerlukan rawatan mental supaya ia lebih tabah dan disiplin lagi dalam mengawal pemakanan mereka.    Di samping mengawal pemakanan yang mungkin berlebihan dalam kabohidret dan gula, ialah mereka perlu membuat riadah atau exercise yang sewajar.

    Meningkatkan kesuburan wanita.
    Dari segi merawat kesuburan terdapat banyak kaedah rawatan yang sering dicuba oleh pakar-pakar sakitpuan.   Diantaranya ialah ubat-ubat seperti berikut.      

    Ubat subur ClomipheneBiasanya ubat subur Clomiphene atau clomid akan diberikan dalam dos yang tinggi mungkin sampai ke tahap 250 mg atau lima biji sehari untuk selama 5 hari hingga 7 hari mulai daripada hari kedua atau ketiga dari hari mula keluar haid.    Tujuan rawatan ini ialah untuk merangsang ovari yang polycystic ini untuk mengeluarkan telur.  
    Respons yang positif dengan adanya pengeluaran telur mungkin berlaku hanya di kalangan sebahagian pesakit sahaja, mungkin separuh daripada mereka tidak akan menunjukkan kesan positif dari segi pengeluaran telur.   

    Walau demikian setiap wanita yang menjalani rawatan kesuburan memerlukan pengawasan dan ujian yang teliti oleh pakar sakitpuan kerana jika terlalu banyak telur dikeluarkan pada satu masa dan ini boleh membahayakan kesihatan menyebabkan kandungan yang berganda-ganda.     

    Ubat kesuburan yang lain daripada Clomiphene ialah ubat suntikan hormon Gonadotrophin yang juga diberikan mulai hari kedua haid selama lima hari berturut-turut.    Bahayanya ubat ini ialah rangsangan telur yang berlebihan menyebabkan terlalu banyak telur keluar dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan menyebabkan kehamilan berganda.

    Ubat Metformine
    Sekarang ini ubat Metformine yang biasa digunakan untuk merawat kencing manis digunakan dalam jangka masa enam bulan berturut dan dos yang digunakan ialah antara 1 gm hingga 2.5 gm setiap hari sampai enam bulan.    Mengikut kajian 60 peratus daripada wanita yang memakan ubat ini akan menetas telurnya dan sebahagian besar juga akan akhirnya mengandung.     


    Rawatan laparoscopy dan ovarian drillingIni adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am.     Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery.    Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus.     

    "Baru-baru ini saya telah mendapat satu panggilan kecemasan daripada salah sebuah jabatan kerajaan yang memberitahu saya tentang seorang kakitangan wanita daripada jabatan tersebut telah terkena sawan, dan wanita itu sedang menjalani rawatan kesuburan selama beberapa tahun. Saya diberitahu, bahawa seluruh badan wanita tersebut menggeletar apabila terkena sawan. Mulutnya berbuih dan matanya terpusing sehingga dia jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Para kaki-tangan di jabatan tersebut tidak tahu berbuat apa-apa melainkan cuba memanggil ambulans dan seterusnya memanggil saya untuk memberi pertolongan cemas. Malangnya, apabila saya sampai ke pejabat tersebut, saya hanya dapat memeriksa dalam waktu yang begitu singkat kerana ambulans telah pun tiba untuk membawa wanita tersebut ke hospital. Apabila saya merasai nadinya dan memeriksa jantungnya, saya dapati wanita tersebut tidak bernyawa lagi. Saya percaya, bahawa wanita tersebut telah menemui ajal ketika dia terkena sawan."
    Kejadian ini adalah suatu yang sangat malang, khususnya bagi suami wanita tersebut kerana pasangan tersebut telah berkahwin selama 10 tahun dan telah mencuba untuk mendapatkan zuriat. Tetapi sayangnya, isterinya yang sarat mengandung telah terkena sawan dan telah menemui ajalnya. Dalam kes ini, bukan sahaja satu nyawa hilang, malah dua nyawa kerana bayi dalam kandungan wanita itu turut juga menemui ajal. Beginilah antara risiko terbesar yang boleh berlaku ke atas mana-mana wanita yang sedang hamil. Dari segi hikmah wanita tersebut mati syahid dan Allah S.W.T. menempatkan syurga kepada wanita yang menghadapi maut seperti tersebut. Yang pergi menemui Tuhannya, akan berbahagialah di alam baka tetapi yang ditinggalkan begitu sedih dan pilu, khususnya suami dan saudara maranya.
            Kejadian ini adalah suatu yang sangat malang, khususnya bagi suami wanita tersebut kerana pasangan tersebut telah berkahwin selama 10 tahun dan telah mencuba untuk mendapatkan zuriat. Tetapi sayangnya, isterinya yang sarat mengandung telah terkena sawan dan telah menemui ajalnya. Dalam kes ini, bukan sahaja satu nyawa hilang, malah dua nyawa kerana bayi dalam kandungan wanita itu turut juga menemui ajal. Beginilah antara risiko terbesar yang boleh berlaku ke atas mana-mana wanita yang sedang hamil. Dari segi hikmah wanita tersebut mati syahid dan Allah S.W.T. menempatkan syurga kepada wanita yang menghadapi maut seperti tersebut. Yang pergi menemui Tuhannya, akan berbahagialah di alam baka tetapi yang ditinggalkan begitu sedih dan pilu, khususnya suami dan saudara maranya.
            Dalam kisah tadi, saya ingin mengulas sedikit tentang sawan beranak, dari segi bahaya, tanda-tanda, rawatan dan cara-cara pencegahannya.

    Punca “Sawan” Beranak
    Sawan beranak merupakan satu kejadian yang tidak asing lagi bagi kita. Ia telah berlaku sejak zaman-berzaman. Hingga sekarang, punca penyakit sawan beranak masih tidak diketahui tetapi terdapat beberapa perkara seperti tanda-tandanya, faktor-faktor yang berkaitan dengannya dan mungkin cara-cara untuk menjauhkannya. Sebenarnya, apabila seseorang wanita terkena sawan ini, keadan penyakitnya adalah tenat. Biasanya, sebelum keadaan ini berlaku, ada beberapa tanda yang patut diingati dan memberi amaran kepada wanita yang hamil untuk berwaspada dan untuk mendapatkan jagaan yang sewajar daripada doktor perbidanan yang merawatnya. Biasanya, sawan beranak boleh meragut nyawa mangsanya walaupun ada juga sebahagian besar terlepas daripada ancaman maut.

            Sawan atau eclamptic fits berlaku disebabkan saluran darah di dalam otak pecah menyebabkan pendarahan dan kerosakan otak (cerebral haemorrhage). Pendarahan yang banyak di dalam otak boleh merosakkan fungsi organ-organ terpenting seperti jantung, pernafasan dan lain-lain. Kejadian ini biasanya menyebabkan maut. Dalam kes-kes yang lebih ringan, pendarahan mungkin berlaku hanya sedikit, ataupun tidak berlaku langsung atau setakat kebengkakan otak sahaja (cerebral oedema)

    'Sawan' Satu Kecemasan
    Tidak semua ibu-ibu yang terkena sawan beranak akan menemui maut, tetapi jika sawan ini berlaku berulang-ulang, risiko maut semakin meningkat. Oleh itu, sebaiknya wanita ini dimasukkan ke hospital sebelum sawan berlaku, ataupun jika sawan telah berlaku ketika di rumah, wanita itu sepatutnya dikejarkan ke hospital. Apa yang penting, orang yang berada di samping perlu mengetahui tentang kaedah menyelamatkan nyawa (resuscitation) kerana wanita yang mengalami sawan ini biasanya tidak akan sedarkan diri. Dalam keadaan demikian, biasanya lidahnya akan tertelan dan seterusnya menutupi kerongkong angin.  Oleh itu, penting bagi orang yang berada di sampingnya menentukan bahawa dia tidak menggigit lidahnya dan lidahnya tidak menyekat saluran udara dengan menarik keluar dan seterusnya meletakkan sesuatu  benda untuk wanita tersebut menggigit dengan sekuat-kuatnya. Ramai juga yang mati akibat daripada masalah tersekat saluran pernafasan yang disebabkan oleh lidah yang termasuk ke dalam kerongkong. Sawan beranak adalah satu keadaan yang mencemaskan dan ia sepatutnya dikendalikan sebagai satu kes kecemasan. Cara pengendaliannya sama juga seperti orang yang lemas di dalam air, orang yang kena serangan jantung dan lain-lain punca yang menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri.
     Bolehkah Bayi Diselamatkan?
    Kejayaan untuk menyelamatkan bayi bergantung kepada beberapa faktor. Pertama, umur kandungan apabila sawan berlaku. Jika umur kandungan terlalu rendah, iaitu kurang daripada tujuh bulan kemungkinan peluang untuk menyelamatkannya adalah rendah. Kedua, berat bayi tersebut sama ada memuaskan atau tidak; sebaiknya berat bayi patut melebihi lima paun. Ketiga, secepat mana kita boleh melahirkan bayi bagi ibu yang diserang sawan. Cara menyelematkan bayi dalam keadaan ibu yang diserang sawan ialah dengan melakukan pembedahan Caeserean secepat mungkin. Tujuan pembedahan ini ialah untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa, bayi dan ibunya. Selagi bayi masih dalam kandungan ada kemungkinan sawan akan berulang lagi kerana kandungan khususnya uri dipercayai mengandungi bahan beracun yang dikeluarkan sekali-sekala ke dalam saluran darah hingga menyebabkan sawan berlaku. Pada masa ini dengan teknologi dan kemahiran menjaga bayi yang lebih canggih, bayi-bayi kecil ataupun bayi-bayi yang tidak cukup bulan (premature) boleh diselamatkan dengan menggunakan teknik-teknik terbaru dengan kaedah rawatan rapi.

    Apakah Tanda-Tanda Awal Sawan Beranak?
    Sebenarnya penyakit sawan beranak (eclampsia) adalah keadaan teruk bagi penyakit keracunan waktu hamil atau apa yang dinamakantoxemia of pregnancy. Keadaan ini lebih sering melanda ibu-ibu yang mengandung anak sulung, mereka yang berlebihan berat badannya, dan ibu-ibu yang menghidap penyakit darah tinggi. Tanda awal bagi penyakit toksemia atau sawan beranak ialah kenaikan berat badan yang berlebihan semasa mengandung. Kenaikan berat badan wanita yang hamil adalah penting untuk menentukan pertumbuhan bayi yang sempurna. Sebaiknya, kenaikan berat badan ialah setengah kilo seminggu, dan kenaikan berat badan ini sering berlaku selepas mengandung empat bulan kerana ramai wanita tidak mengalami kenaikan berat badan pada tiga bulan yang pertama, malahan ada yang susut berat badannya dalam peringkat awal kandungan. Purata  kenaikan berat pada keseluruhan tempoh sembilan bulan kandungan ialah antara 15 hingga 16 kilo. Kenaikan berat badan yang mendadak, khususnya selepas kandungan meningkat enam bulan ke atas adalah tanda awal bagi penyakit  toksemia. Apabila kenaikan ini melebihi dua kilo sebulan, wanita patut berwaspada dan mengimbangkan pemakanan mereka dengan mengurangkan makanan yang kaya dengan karbohidrat, gula serta lemak, di samping melebihkan protein dan sayur-sayuran demi untuk mencegah berlakunya toksemia dan seterusnya sawan beranak.

    Tanda kedua ialah bengkak kaki (edema) yang mungkin menandakan penyakit toksemia. Bengkak kaki sering berlaku di kalangan kandungan yang normal dan ini menandakan pertumbuhan bayi yang baik, tetapi jika bengkak kaki ini disertai dengan tanda-tanda lain yang akan saya huraikan di bawah, iaitu darah tinggi dan air kencing yang mengandungi albumin, maka bengkak kaki mungkin menunjukkan salah satu tanda bagi penyakit toksemia kandungan.

    Air Kencing Yang Mengandungi Albumin
    Apabila kerosakan berlaku kepada buah pinggang, maka protein akan terbebas melalu air kencing. Dengan itu, bagi seseorang wanita yang terkena toksemia kandungan akan ditandakan dengan air kencing yang mengandungi albumin. Lebih banyak protein yang terkeluar ke dalam air kencing lebih teruklah keadaan toksemianya, begitu juga lebih teruklah kerosakan kepada buah pinggangnya.
    Toksemia kandungan adalah keadaan sebelum berlakunya sawan beranak. Apabila keadaan itu menjadi lebih teruk, maka sawan akan berlaku. Keterukan keadaan ini dapat diukur daripada ketenatan bengkak kaki, tahap kenaikan darah, dan juga banyaknya kandungan albumin dalam air kencing. Wanita-wanita yang mungkin mempunyai tanda-tanda lain seperti pening kepala, sakit pada ulu hati, terasa hendak pitam serta gangguan pada penglihatan. Tanda-tanda tersebut menandakan bahaya akan tiba, khususnya pada wanita yang pernah diserang toksemia atau kenaikan tekanan darah.

    Apakah Rawatan Bagi Toksemia Dan Sawan Beranak?
    Sebenarnya, tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit toksemia kerana kita tidak tahu apa punca sebenarnya, melainkan wanita tersebut perlu dimasukkan ke hospital untuk pengawasan dan untuk berehat seterusnya untuk mengawal pemakanannya. Wanita yang telah mempunyai tanda-tanda toksemia seperti air kencing yang mengandungi albumin dan bengkak kaki patutlah diberi rehat dengan sebanyak-banyaknya dan jika perlu, dimasukkan ke hospital. Jika keadaan ini masih ringan lagi, dia mungkin boleh diberi rehat di rumah dengan pengawasan yang rapi. Rehat adalah perkara yang terpenting dalam rawatan toksemia.

            Tidak ada ubat yang khusus yang boleh mengatasi masalah toksemia. Rawatan yang mutlak bagi keadaan toksemia dan sawan beranak ialah melahirkan bayi dengan secepat mungkin. Cara melahirkannya bergantung kepada tahap ketenatan penyakit tersebut dan umur kehamilan. Jika kehamilan telah cukup bulan, iaitu melebihi 37 minggu kehamilan, bayi perlu dilahirkan dengan secepat mungkin. Jika darah tinggi dan kandungan albumi di dalam air kencing tidak teruk, kelahiran boleh dilakukan secara paksaan (induction of labour). Tetapi, dalam keadaan yang teruk ataupun setelah sawan beranak berlaku, atau di mana keadaan bayi terlalu terancam, rawatan yang sewajarnya ialah pembedahan Caeserean.

    Pencegahan
    Toksemia atau sawan beranak patutlah dicegah dari awal lagi. Setiap wanita yang mengandung, khususnya mereka yang mempunyai risiko yang tinggi seperti mengandung anak sulung, gemuk badan, berpenyakit ataupun yang mempunyai sejarah keluarga yang bermasalah, patutlah mendapat rawatan daripada doktor pakar. Jagaan kehamilan patut dilakukan mengikut jadual, iaitu setiap bulan dan di peringkat awal sehingga tujuh bulan, kemudian dua minggu sekali diikuti dengan seminggu sekali.

    Kebanyakan daripada kes-kes toksemia dan sawan beranak berlaku akibat daripada ibu-ibu datang ke klinik terlalu lambat, atau langsung tidak datang mengunjungi klinik ibu mengandung dan ada pula yang mengunjungi tetapi tidak mengikut jadual.

    Jagaan pemakaan bagi ibu yang mengandung adalah sangat penting. Ibu yang mengandung patutlah mengawal makanan yang banyk mengandungi karbohidrat seperti gula, kanji dan lemak. Ramai wanita yang tidak boleh mengawal seleranya setelah kandungan mencapai usia lima bulan ke atas kerana mereka percaya, bahawa mereka makan untuk dua orang dan seleranya pun meningkat pada ketika itu.

    Di samping jagaan pemakanan, waktu rehat dan waktu tidur yang mencukupi penting bagi wanita yang sedang hamil. Wanita hamil patutlah menjauhkan diri daripada tekanan fizikal akibat daripada pekerjaan yang berat dan teruk, tekanan mental dan jiwa. Perkara-perkara yang boleh mengganggu perasaan dan mental patutlah dijauhkan dengan kerana ini juga merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan terjadinya toksemia dan sawan beranak. Ibu-ibu patut melebihkan masa berehat atau diberi cuti rehat apabila tanda-tanda toksemia mula timbul.

    Apabila penyakit toksemia telah berlaku, ibu tersebut patut dimasukkan ke hospital untuk mencegah keadaan tersebut daripada berterusan menjadi sawan beranak. Kebanyakan daripada masalah-masalah toksemia yang teruk serta sawan beranak adalah disebabkan oleh faktor-faktor peribadi dan sosial yang telah saya huraikan di atas. Ada sesetengah wanita pula tidak mahu dimasukkan ke hospital walaupun dinasihatkan berbuat demikian atas sebab tertentu. Ada pula yang suka balik kampung untuk mendapatkan rawatan secara tradisional.

    Saya ingin menekankan, bahawa penyakit toksemia tidak mempunyai ubat yang khusus. Berehat, menjaga pemakanan, fikiran yang tenang dan kelahiran bayi yang tepat pada waktunya adalah perkara-perkara yang terpenting dalam mengendalikan kes seperti ini.Semoga kejadian yang saya ceritakan dalam makalah ini dapat kita elakkan sama sekali.

     Umur empat puluhan merupakan umur yang penting bagi seseorang wanita kerana dalam jangka waktu ini banyak perubahan yang berlaku sama ada perubahan jasmani, mental, emosi atau rohaniah. Kali ini, saya ingin membincangkan satu aspek perubahan jasmani yang boleh mengancam atau menjejaskan kesihatan seseorang wanita yang menjangkau umur empat puluhan. Saya percaya ramai di kalangan mereka yang berumur dalam lingkungan empat puluhan bersetuju dengan saya bahawa dalam peringkat ini mereka mengalami berbagai-bagai perubahan. Salah satu daripada perubahan itu ialah gangguan haid.

    Pelbagai Gangguan HaidPelbagai gangguan haid boleh berlaku sama ada haidnya berjalan secara tidak teratur atau secara teratur tetapi keluar dengan banyak serta berpanjangan. Ada pula yang mengalami masalah sakit (senggugut) ketika turun haid dan darahnya keluar berketul-ketul sehingga badannya menjadi lemah disebabkan kehilangan darah yang begitu banyak. Ada pula yang diganggu oleh perjalanan haid yang tidak betul seperti keluar tidak tentu masa dan sedikit demi sedikit serta berpanjangan pula. Ada pula yang tidak keluar haid selama beberapa bulan dan apabila keluar, wanita itu mengalami pendarahan yang begitu banyak serta berpanjangan. Ada pula yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid seperti keluar sekali dalam dua atau tiga bulan dengan sedikit sahaja. Bagi mereka yang mengalami kekurangan atau kekeringan haid ini selalu berasa bimbang sama ada dia akan mengalami putus haid (menopaus) atau tidak. Ada sesetengah wanita pula mengalami masalah turun darah selepas melakukan persetubuhan dengan suami. Ini mungkin menandakan sesuatu yang berbahaya seperti ketumbuhan besar.
            Saya ingin menekankan di sini, bahawa gangguan haid pada wanita dalam umur sekitar empat puluhan atau lebih, boleh menandakan penyakit yang sangat berbahaya dan ditakuti seperti kanser pangkal rahim. Oleh itu, saya ingin menasihatkan kepada kaum wanita, jika dia mengalami masalah-masalah yang saya nyatakan di atas, eloklah dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor mereka atau daripada pakar sakit puan.

    Gangguan Haid Boleh Menandakan Ketumbuhan Dalam RahimGangguan haid yang berbagai-bagai bentuk boleh menandakan sesuatu penyakit dalam rahim. Bagi mereka yang berumur dalam lingkungan empat puluhan, penyakit yang sering menyebabkan gangguan haid ialah ketumbuhan daging pada dinding rahim, iaitu ketumbuhan yang dinamakan fibroid. Walau bagaimanapun, ada penyakit-penyakit lain yang lebih ditakuti seperti kanser pangkal rahim, kanser rahim dan ketumbuhan lain seperti endometriosis, adenomysis dan jangkitan kuman di dalam perkakas peranakan.
            Bagaimanapun, saya hanya akan membincangkan tentang fibroid kerana saya percaya, bahawa ini merupakan ketumbuhan dalam rahim yang paling sering menyerang wanita. Walaupun, ketumbuhan fibroid sering berlaku, namun tidak kesemua ketumbuhan ini menimbulkan masalah dan kadang-kala seseorang wanita tidak sedar dia mempunyai ketumbuhan tersebut sehingga akhir hayatnya kerana ketumbuhan itu tidak menimbulkan apa-apa tanda ataupun gejala yang boleh mengancam kesihatannya.

    Apakah Ketumbuhan Fibroid?Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.
            Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.


    Mengapa Tumbuh Fibroid?
            Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
            Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
            Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

    Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
     Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
            Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

            Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

    Apakah Gejala-gejala Fibroid?Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen.  Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang  sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.
    Gangguan HaidSaya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.
          
    Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid 
    (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

    Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
    Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.
            Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.  Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.

    Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air KencingPundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman. Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala  wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.

    Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
            Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.

    Apakah Fibroid Perlu Dirawat?Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
    Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.

    Fibroid Dirawat Secara PembedahanRawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
    Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.
            Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.

    Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)
    Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.

    Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. 
    Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan  ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.

    Kejelitaan Dipengaruhi oleh HormonKejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang  ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila  masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan  berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.
    Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.
         
    Akhir kata, saya ingin menekan sekali lagi, bahawa fibroid adalah ketumbuhan yang paling sering berlaku di dalam rahim wanita tetapi puncanya tidak diketahui. Ia bukan ketumbuhan kanser dan jarang menyebabkan kematian tetapi ia boleh menimbulkan beberapa gejala termasuk 
    gangguan haid, kekurangan darah, ketidaksuburan, gangguan perkencingan dan sebagainya. Setakat ini tidak ada ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan ini. Rawatan yang mutlak baginya ialah pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut sama ada ketumbuhan itu disertai dengan pembuangan rahim atau hanya pembuangan ketumbuhan sahaja. Umur empat puluhan ialah tahap umur yang sering diserang dengan masalah ketumbuhan fibroid.

    Oleh itu, saya ingin menyeru sekali lagi supaya wanita perlu bertemu dengan doktor pakar sakit puan untuk dapat pemeriksaan, khususnya mereka yang mempunyai masalah yang saya nyatakan di atas.

     

    APAKAH KESAN PEMBEDAHAN MEMBUANG RAHIM?Saya percaya ramai wanita telah menjalani pembedahan untuk membuang rahim mereka kerana sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan yang penting atau cemas. Ramai di kalangan mereka mendapat faedah dan manfaat daripada pembedahan tersebut, tetapi ada juga di kalangan mereka yang menyesal, rasa bersalah dan juga mengalami berbagai-bagai masalah serta pergolakan emosi dan mental. Ada juga yang mengalami masalah hubungan antara suami isteri. Kali ini saya ingin membincangkan tentang baik buruknya pembedahan tersebut, kesan jangka pendek dan panjang, dan apakah punca-punca yang menyebabkan doktor melakukan pembedahan untuk membuang rahim.
    Bagi wanita, rahim adalah satu organ badan yang sangat penting kerana ia melambangkan kewanitaannya dan satu tonggak bagi kesuburannya. Tanpa organ ini, wanita itu pincang atau tidak cukup sifat, dan ada di antara mereka menyangka, bahawa dia bukan seorang wanita lagi. Sesetengah suami pula menganggap, wanita tanpa rahim bukanlah wanita dan padanya mungkin kurang berguna lagi.

    Biarlah orang mempunyai berbagai-bagai tanggapan dan andaian tentang rahim, tetapi saya ingin menekankan, bahawa fungsi mutlak rahim ialah untuk melindungi serta menaungi kehamilan untuk tujuan melahirkan zuriat.

    Sebenarnya, ada dikalangan wanita-wanita yang lahir tanpa rahim. Ini adalah keadaan semula jadi yang disebabkan oleh sesuatu gejala yang timbul dalam proses pembentukan organ tetapi bahagian lain peranakan, seperti saluran faraj dan kilang ovari masih ada. Wanita ini masih mempunyai sifat fizikal, perwatakan dan lain-lain ciri kewanitaan, melainkan dia tidak didatangi haid, tidak mungkin hamil dan melahirkan anak walaupun sekarang ini ada cara melahirkan ataupun meneruskan bakanya secara meminjam rahim orang lain tetapi dengan menggunakan benih suaminya. Wanita yang lahir tanpa rahim sebenarnya tidak merasa dirinya lain daripada wanita lain, melainkan dia tidak didatangi haid sahaja seperti wanita lain.

    Begitu juga keadaannya di kalangan wanita yang telah menjalani pembedahan untuk membuang rahim. Apa yang kurang pada dirinya ialah dia tidak didatangi haid setiap bulan sedangkan fungsi-fungsi lain adalah seperti biasa. Pusingan hiad bagi wanita adalah sangat penting untuk menunjukkan bahawa dia subur dan mempunyai perkakas peranakan yang normal. Tetapi, ada juga wanita yang mempunyai rahim, kilang telur dan saluran faraj yang normal tetapi haidnya tidak datang atau datang secara tidak teratur.

            Apakah sebenarnya hikmah atau pengertian di sebalik kedatangan haid setiap bulan dari segi pandangan ahli sains perubatan? Sebenarnya, haid datang setiap bulan oleh sebab tidak ada kehamilan berlaku. Jika kehamilan berlaku, tanda pertama ialah haidnya tidak datang. Kedatangan haid setiap bulan dikawal oleh pusingan hormon di dalam darah badan wanita. Apabila seseorang wanita itu mengandung, kandungan hormon meningkat dan menyebabkan haid tidak datang. Haid yang tidak datang sewaktu hamil adalah penting kerana wanita perlu menyimpan darahnya untuk menampung keperluan bayi yang sedang membesar dalam rahim.

    Sebenarnya, wanita tidak didatangi haid oleh sebab-sebab tertentu ataupun disebabkan rahimnya dibuang atau diberi ubat untuk menahan atau melambatkan haid, dia tidak mengalami apa-apaa masalah seperti keracunan darah. Ada sesetengah orang percaya, bahawa jika darah haid tidak keluar maka darah kotor ini akan bertimbun dalam badan menyebabkan keracunan. Oleh itu, ramai wanita yang percaya, bahawa jika haidnya tidak datang, dia akan merasa tidak sihat dan mengadu tentang berbagai-bagai macam kesihatan di seluruh tubuh badannya. Tetapi, ini hanyalah satu anggapan dan kepercayaan sahaja.

    Mengapa Rahim Perlu Dibuang?      
    Pada masa ini, khususnya di negara-negara Barat, pembedahan untuk membuang rahim berlaku begitu banyak oleh sebab-sebab yang begitu remeh. Ini mungkin disebabkan oleh sikap yang kian berubah di kalangan wanita sendiri dan di kalangan doktor. Di negara Barat, terlalu banyak pembedahan untuk membuang rahim dilakukan di kalangan wanita yang berumur tiga puluhan oleh sebab-sebab masalah pendarahan dari rahim yang tidak tentu masa dan mungkin berlebihan. Pada hal, tidak ada ketumbuhan yang berbahaya pada rahim. 
    Di Malaysia, kita masih lagi bersikap konservatif dan doktor tidak begitu bebas untuk melakukan pembedahan membuang rahim. Biarlah sikap ini dikekalkan kerana saya sendiri percaya, bahawa membuang rahim oleh sebab perkara-perkara yang agak remeh boleh menimbulkan beberapa masalah emosi dan mental di kalangan wanita dan ia mungkin boleh menjejaskan hubungan kelamin. Tetapi, pembedahan untuk membuang rahim tidak boleh dielakkan dalam keadaan-keadaan seperti yang berikut:
    1.  Tumbuhan Kanser
    Ketumbuhan kanser yang paling sering di kalangan wanita ialah kanser pangkal rahim, kanser badan rahim dan kanser ovari. Dalam keadaan-keadaan begini, doktor dan wanita berkenaan tidak ada pilihan lain melainkan menjalani pembedahan untuk membuang rahim dan bahagian-bahagian sekitarnya. 
    Bagi kanser pangkal rahim, bukan sahaja rahim dan pintu rahim yang akan dibuang tetapi juga melibatkan sebahagian atas saluran faraj, kelenjar-kelenjar di sekelilingnya, dan kilang telur juga dibuang. Ini adalah pembedahan radikal yang besar dan ia dilakukan untuk menyelamatkan wanita tersebut. Penyakit kanser seperti yang kita ketahui adalah sejenis penyakit yang boleh merebak jauh, bukan sahaja di kawasan sekitar ketumbuhan itu, malah ia merebak melalui darah untuk merosakkan paru-paru, hati dan lain-lain. 
    Apa yang menjadikan kita dalam keadan ini ialah kadang-kala penyakit kanser ini boleh menyerang wanita yang masih muda, khususnya kanser ovari. Boleh saya katakan di sini, bahawa kebanyakan wanita yang diserang penyakit kanser adalah mereka yang berumur empat puluhan ke atas, kanser badan rahim menyerang wanita yang lepas putus haid dan kanser ovari pula menyerang wanita yang berusia dalam lingkungan 45 ke atas
    .
    Tetapi saya sendiri telah banyak kali menemui kes-kes gadis atau wanita yang masih muda menghidapi penyakit kanser kilang telur dan ovari. Dalam keadaan ini, kadang-kadang doktor tidak mempunyai pilihan lain, melainkan membuang semua organ peranakannya termasuk rahim dan ovari. Tetapi, sekarang ada dikalangan doktor yang lebih konservatif dalam pendekatan atau kaedah pembedahan. Jika wanita itu masih muda dan wanita itu menghidapi penyakit kanser ovari, mungkin hanya ovari yang terlibat sahaja yang dibuang, dan dia cuba mempertahankan rahim atau ovari yang lain, demi untuk kemungkinan wanita ini melahirkan zuriat di masa hadapan. 
    Pembedahan untuk membuang rahim memang tidak boleh dielakkan dalam penyakit kanser yang melibatkan perkakas peranakan dan memang diakui dan tujuannya adalah untuk menyembuhkan penyakit tersebut dan untuk memberi peluang wanita itu hidup lebih lama lagi, walaupun adakalanya setelah dibedah wanita itu masih lagi menghidapi penyakit kanser.

    2.  Penyakit Ketumbuhan Seperti Fibroid
    Ketumbuhan fibroid yang menimbulkan masalah seperti pendarahan yang banyak dan berpanjangan memerlukan pembedahan dan kadangkala rahim perlu dibuang bersama dengan ketumbuhan tersebut. Itu pun jika wanita itu telah mempunyai anak dan tidak berhasrat untuk mempunyai anak lagi. Tetapi bagi wanita yang masih mudah dan masih inginkan zuriat, biasanya doktor hanya membuang ketumbuhan fibroid sahaja. 
    Wanita yang berumur 40 ke atas dan telah mempunyai anak serta menderita akibat daripada pendarahan atau kesakitan waktu haid, perlulah menjalani pembedahan untuk membuang rahim. Dalam keadaan ini, jika ovari atau kilang telur masih baik lagi, biasanya ia tidak akan dibuang tetapi disimpan untuk pengeluaran hormon estrogen demi untuk mengekalkan keserian dan ciri-ciri hormon estrogen demi untuk mengekalkan keserian dan ciri-ciri kewanitaan wanita tersebut.
    Banyak ketumbuhan fibroid tumbuh semula setelah dibedah jika rahimnya tidak dibuang pada ketika itu. Oleh itu, wanita berkenaan perlu berwaspada dan patut membuat pemeriksaan setiap tahun atau enam bulan sekali, sama ada ketumbuhan itu tumbuh semula atau tidak. Jika ketumbuhan itu masih berulang semasa pembedahan yang pertama, pembedahan yang kedua perlulah dilakukan untuk membuang rahimnya.

    3. Penyakit Endometriosis
    Penyakit endometriosis yang berlarutan boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti senggugut yang amat teruk, pendarahan yang banyak pada waktu dan di luar waktu haid, kesakitan semasa hubungan kelamin dan kemandulan. Sebenarnya, penyakit endometriosis ini semakin meningkat dan semakin kerap berlaku di kalangan wanita masa kini. Saya sendiri tidak faham apa puncanya, mungkin ada kaitannya dengan perubahan cara hidup kita, khususnya kahwin lambat, penjarakkan anak dan penangguhan untuk hamil. Tetapi, apa yang ketara ialah tekanan fizikal, mental dan emosi yang kian meningkat pada masa kini yang boleh menyebabkan masalah penyakit endometriosis ini. 
    Penyakit endometriosis adalah disebabkan oleh tumpuhan atau limpahan darah di luar rahim akibat tisu endometrium tumbuh di luar rahim seperti di kilang  telur ovari, di belakang rahim, di hadapan rahim, saluran Falloppian dan di kawasan sekitar seperti pundi-pundi air kencing dan saluran kencing. Masalah utama yang dialami oleh pesakit endometriosis ini ialah senggugut dan ketidaksuburan atau kemandulan, seterusnya menyebabkan masalah-masalah haid yang mungkin berlebihan atau berpanjangan dan teruk yang mungkin menyebabkan kesakitan semasa hubungan kelamin. Bagi wanita yang mengalami masalah ini, saya sungguh bersimpati terhadap mereka kerana ramai wanita  setelah menjalani pembedahan atau rawatan, menghidapi penyakit ini semula.
    Ada yang percaya, bahawa penyakit ini akan sembuh apabila wanita itu hamil, tetapi untuk menjadikan wanita itu hamil adalah satu masalah besar. Pelbagai jenis rawatan diberi dan dilakukan, masih tidak berjaya dan apabila gagal untuk hamil, wanita ini akan mengalami ulangan penyakit tersebut. Akhirnya, penyakit ini akan merebak menyebabkan gejala-gejala yang saya nyatakan tadi, dan apabila wanita itu sampai ke umur 40 ke atas, rahim dan mungkin kedua-dua ovarinya terpaksa dibuang kerana diserang penyakit endometriosis.
     4. Prolaps Rahim Atau Rahim Terkeluar
    Bagi wanita, khususnya wanita yang telah putus hadi, masalah prolaps rahim atau rahim terkeluar boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan kerana setiap kali wanita berkenaan berdiri, meneran atau batuk, rahimnya terkeluar. Tetapi, apa yang kadang-kadang menyulitkan wanita ialah apabila dia bersin, batuk, mengangkat benda-benda yang berat dan kadang-kadang ketika sujud dalam sembahyang dia terkencing.

    Inilah yang menyulitkan mereka kerana ia akan membatalkan sembahyang, dan jika prolaps rahim menimbulkan masalah perkencingan dan lain-lain perkara perlulah dibedah. Pembedahan ini biasanya dilakukan melalui saluran faraj dari bawah, tidak ada parut di perut dan biasanya rahim akan dibuang sama sekali.

    5. Pendarahan Ketika Atau Selepas Bersalin
    Banyak kali saya menyaksikan perkara ini berlaku. Wanita sepatutnya bersedia sebelum bersalin kerana pendarahan akan berlaku ketika seseorang wanita itu melahirkan anak dan kebanyakannya sedikit sahaja dan tidak akan mengganggu kesihatannya. Tetapi, adakalanya pendarahan ini berlaku dengan begitu banyak, mungkin akibat rahim tidak boleh kuncup, rahim lemah ataupun uri melekat dan tidak boleh langsung dipisahkan, ataupun lain-lain punca seperti kecederaan akibat daripada pembedahan ataupun kelahiran secara forseps atau vakum. 
    Ini akan menyebabkan pendarahan yang begitu banyak. Akhirnya, apabila pendarahan berlaku dengan begitu banyak, ia akan mengancam nyawa ibu tersebut dan doktor akan cuba berbagai-bagai cara untuk mengatasi pendarahan ini untuk menyelamatkan ibu dengan cara melakukan pembedahan kecil untuk membuang uri jika ia melekat. Ada wanita memerlukan darah sampai 40 hingga 50 botol demi untuk menyambung nyawanya.
    Akhirnya, rahim terpaksa dibuang untuk menghentikan pendarahan tersebut, jika ia berdarah seperti air paip dan darah yang dimasukkan melalui tranfusi tidak akan dapat menampung atau mengatasi tumpahan darah yang begitu banyak daripada saluran rahim. 
    Apa yang menyedihkan dalam hal ini ialah kadang-kadang ia berlaku di kalangan wanita yang melahirkan anak sulung dan dia perlu dibedah untuk membuang rahim oleh sebab pendarahan yang begitu banyak, di mana keadaan ini boleh menimbulkan masalah di masa hadapan. Tetapi, wanita itu tidak ada pilihan di waktu itu kerana pilihan dia dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya. Jika tidak, dia mungkin akan mengalami maut.

    6. Pendarahan Yang Luar Biasa
    Satu keadaan yang sering mengganggu wanita ialah pendarahan yang berpanjangan dan tidak tentu masa. Apabila doktor memeriksa dan merawat secara  D & C atau dengan ubat-ubatan, doktor tidak dapat mengesan ketumbuhan atau kanser, ataupun lain-lain penyakit. Pendarahan luar biasa ini adalah disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak seimbang dan dalam istilah perubatan kita, ia dinamakandysfunctional uterine bleeding. Keadaan inilah yang paling sering menyebabkan pembedahan dilakukan untuk membuang rahim khususnya di negara Barat.

    Saya percaya, ketidakseimbangan hormon yang akhirnya menyebabkan masalah pendarahan luar biasa adalah disebabakan oleh keadaan mental  dan tekanan jiwa yang sekarang ini begitu banyak berlaku di kalangan wanita-wanita Barat dan mungkin sedang merebak di kalangan wanita-wanita di negara kita. Sebenarnya kes-kes seperti ini perlulah dirawat secara konservatif dulu, iaitu dengan ubat-ubatan ataupun dengan pembedahan kecil seperti D & C, dan juga lain-lain rawatan sokongan, khusus bagi wanita-wanita yang mengalami masalah tekanan jiwa dan mental.

    Satu lagi perkara yang boleh menyebabkan pendarahan luar biasa ini ialah wanita yang terlalu gemuk. Wanita ini memerlukan rawatan sokongan diet, bersenam untuk menguruskan badan mengikut apa yang sewajarnya bagi ukuran ketinggiannya. Sebelum kita melakukan pembedahan untuk membuang rahim oleh sebab pendarahan yang luar biasa yang mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, segala percubaan, segala kaedah rawatan patutlah dicuba dahulu dan wanita itu juga patut bertenang dan tidak memaksa atau mendesak untuk melakukan pembedahan untuk membuang rahim.

    Saya percaya, ramai wanita biasanya memaksa doktor untuk melakukan pembedahan untuk membuang rahim. Inilah yang sering berlaku di negara Barat dan pembedahan untuk membuang rahim ini sangat banyak dilakukan. Pada masa ini, ada tatacara pembedahan yang tidak melibatkan rahim di buang tetapi cuma sebahagian lapisan dalam rahim di buang  melalui pembedahan yang dinamakan debulkingmenerusi alat teropong hysteroskop.

    Kaedah pembedahan ini hanya sesuai untuk wanita yang tidak mengalami ketumbuhan tetapi mengalami pendarahan yang banyak dan berpanjangan dan mungkin lapisan rahim itu sangat tebal. Pembedahan ini tidak sesuai bagi ketumbuhan lain seperti kanser atau ketumbuhan fibroid, endometriosis dan sebagainya.

    Pembedahan rahim adalah satu pembedahan yang besar. Sebelum keputusan dibuat, wajarlah berunding secara bersama-sama antara suami isteri. Namun, dalam konteks masyarakat kita, khususnya masyarakat Islam, mungkin juga ada baiknya perbincangan dan nasihat perlu didapati daripada ibu-bapa wanita berkenaan.

    Bagaimanapun, rundingan daripada rakan-rakan tidak diperlukan kerana mungkin akan memberi pelbagai jenis pandangan yang mungkin bercanggah. Doktor adalah orang yang sebaiknya untuk mendapat nasihat dan pandangan. Nasihat dan pandangan dari seorang doktor mungkin tidak mencukupi. Jadi, elok juga mendapatkan pandangan yang kedua atau ketiga dari doktor lain sama ada pembedahan ini perlu dilakukan. Tetapi, dalam kes-kes yang begitu jelas sekali seperti ketumbuhan besar, kanser dan sebagainya, tidak ada pilihan yang lain dan tidak perlu mendapat pendangan doktor lain.

    Apa yang penting ialah keputusan dibuat bersama-sama suami dan supaya jangan menyesal di kemudian hari. Kebanyakan kes yang saya lihat, wanita yang menjalani pembedahan tersebut merasa lebih selesa kerana mungkin sebelumnya dia telah menderita daripada berbagai-bagai jenis masalah dan gejala.

    Sumber : Dr Hamid Arshat ( Pakar Sakit Puan) Boleh lihat di SINI

    Label