Segalanya Disini....

Pengikut

Selasa, Februari 01, 2011

Kalau Korang Nak Tahulah kan....

SEKADAR BERKONGSI EMAIL DARI SEORANG TEMAN.......................
Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini

1508: Alfonso de BURQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera 

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana 

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa... 

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,... 

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan

Seminggu selepas 

Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso 

Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah 

Perisik 1,2,3: Selamat pagi tuan (sambil bertabik) 
Alfonso: Selamat pagi 
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang 
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak) 
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang.. 
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya 

hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang tidoq ka, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang
macam macam lagi hang ada kat sana..... 

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ. 

scroll sampai bawah..... 

lagi.... 

lagi... 
/
/
/
/
/
/
/
/
/
Hang tunggu apa lagi...hang nak mampuih ka....hang pi buat kerja nu!!!


Ha ha ha jangan marah..aku pun mangsa macam korang gak...

Selasa, Oktober 12, 2010

Robber Of My Heart..Korean Drama



Ini episod pertama yang aku tgk semalam kat Sonata Citra....sedap gak tgk citer2 korea ni..tapi yang lemahnya..episod..aku mmg lemah tul kalau tengok citer episod2 ni....aku suka citer direct..puas hati menengoknya..tapi kalau berminat leh layan..ok gak jalan citernya..

Rabu, Jun 16, 2010

Panduan Yang sudah...yang akan..yang sedang......

Nasihat dari Dato' Dr. Fadzilah Khamsah....renung2 kan


1. Apabila berbual becakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.
2. Cuba nasak yang paling sedap unutk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Temankan pasangan apabila melakukakn kerje bersendirian pada waktu malam.
4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Megemas tempat tidur umpama baru kahwin.
8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.
9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin   .
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerje yang dibuat dan orang yang ditemui.

ada lagi...nanti kita sambung.......

Sabtu, Mac 13, 2010

Khasiat Bawang Putih...




BAWANG PUTIH
Bawang putih dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Allium sativum dan berasal dari keluarga  Amaryllidaceae. Ia adalah sumber rempah ratus yang popular sejak zaman berzaman. Khasiatnya mula dikenal pasti lebih 10,000 tahun lalu. Bawang putih berbau tengit kerana ia mengandungi sejenis minyak dikenali sebagai allicin. Ia juga kaya dengan selulos, vitamin A,B dan zat galian seperti zat kalsium, fosforus dan besi.
Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.
Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.

Selasa, Februari 23, 2010

Makanan Seimbang...

Salam...

Selain kita makan suplement2 yang mudah dibeli di Farmasi..harus diingat juga...kita juga perlu mengekalkan diet makanan seimbang...diet bukan bermakna tak makan langsung...tetapi makan ikut keperluan tubuh badan kita..dan carta dibawah boleh dijadikan panduan dalam memilih makanan yang sesuai...

Ahad, Februari 21, 2010

Baru Try....

Assalamualaikum...

Ok hari ni nak bg tahu skit untuk member2 yang tengah berusaha untuk hamil..saya pun baru try..tapi tak salah mencuba kan..selain tawakal kita kena berusaha gak so...ini lah bendanya...






Avail Pro-polis...skang ni aku tengah makan ni iaitu mencampurkan lima titis kedalam air suam ataupun jus..sebelum makan dua kali sehari..dan lagi mantap kalau pakai FC Bio sanitary pads jugak..so aku tengah cuba...kalau ada berita baik...insyaallah..amin...apa-apa hal kalau nak keterangan lagi gaham tgk je kat SINI..

Jumaat, Februari 19, 2010

ULAM


Ulam merupakan gelaran kepada tumbuhan yang dimakan secara mentah atau sekadar dicelur (direndam sekejap dalam air panas) sebelum dimakan bersama nasi. Ulam juga biasanya dimakan bersama dengan perasa seperti buducencaluk, atausambal belacan, sebelum dimakan bersama nasi. Ulam sudah terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakatMelayu di kampung-kampung. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian tumbuhan yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk,daunumbutbijibuahubi dan kadang-kadang bunga.
Sayur-sayuran biasa boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Ini termasuklah sayur-sayuran seperti timunkubisdan terung. Selain daripada sayur-sayuran biasa, terdapat satu lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional. Ulam tradisional lebih meluas penggunaannya termasuk digunakan sebagai ulam biasa, sebagai bahan masakan seperti dalam penyediaan nasi ulamatau nasi kerabu dan masakan sayur lemak, dan sebagai bahan perubatan seperti penyakit kencing manis atau darah tinggi.


Label